PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE
 
 
This Personal Data Protection Notice (“Notice”) sets out how SS Ng & Lim (“the Firm”) collects, uses and protects your Personal Data (hereinafter defined) which you have provided to the Firm. By providing the Firm your Personal Data, communicating with the Firm, engaging the Firm to provide the services you have requested (“Services”) and/or by accessing the Firm’s website ssnglim.com (“Website”), you hereby consent to the processing of your Personal Data by the Firm for the purposes and in the manner as provided below: -  
 
 
1. PERSONAL DATA 
 
1.1 For purposes of this Notice, “Personal Data” means any personally identifiable data that you provide or have provided to the Firm including data such as your name, contact details, address, email address, NRIC number or passport number (where applicable) or bank account information (where applicable) etcetera. 
 
1.2 In addition to the Personal Data that you provide to the Firm directly (such as when the Firm is engaged to provide Services or during any other communication with the Firm), the Firm may also collect your Personal Data from various other sources, including without limitation, from online search facilities, public registries/databases, information obtained from third parties through lawful sources (including Federal, State or local government departments / statutory or regulatory authorities), and information gathered from events organized by the Firm. 
 
1.3 In respect of Personal Data of third parties (such as your spouse, family members or colleagues) that you may provide to the Firm, you warrant that you have obtained such third parties’ consent to permit the Firm to process their Personal Data as set forth within this Notice and that you will extend a copy of this Notice to such third parties.  
 
 
2. PURPOSE OF PROCESSING OF PERSONAL DATA 
 
2.1 You hereby agree and consent to the Firm using and processing your Personal Data for the Firm’s business purposes including in the manner and for the purposes as described below:  
 
(1) for the purposes of the Services; 
 
(2) for the preparation of any document or instrument which may be required for the Services and such other ancillary work in connection with the Services, including but not limited to, preparing the necessary agreements, instruments or documents to which you are a party (e.g., loan agreement, sale and purchase agreement, tenancy agreement) and preparing cause papers and affidavits;  
 
(3) to provide such necessary information to any regulatory or governmental authorities as may be required under law or any other governmental requirements;  
 
(4) for the Firm’s internal administrative purposes including for billing or invoicing, for record keeping and for purposes of conducting conflict of interest checks;  
 
(5) for the Firm to communicate with you including as set out in Paragraph 2.3; and 
 
(6) for the Firm to comply with its obligations under law or any regulations imposed by regulatory or governmental authorities. 
 
2.2 It is voluntary for you to supply your Personal Data to the Firm. However, if you do not wish to provide your Personal Data, the Firm may not be able to: 
 
(1) provide you the Services; or 
 
(2) communicate effectively with you. 
 
2.3 The Firm may also use and process your Personal Data for other purposes such as to send you communication such as festive greeting cards, newsletters, articles, write-ups and other updates, distribute information of or invitations to events, conferences, talks and seminars which may be of interest to you; if any, by way of email or mail.  
 
2.4 If you do not agree or consent to the Firm processing your Personal Data for the purposes set out in this Paragraph 2, please notify the Firm in writing at the contact details set out in Paragraph 5.1 below.  
 
 
3. DISCLOSURE OF PERSONAL DATA 
 
3.1 Your Personal Data provided to the Firm or obtained by the Firm shall be kept confidential by the Firm. However, it may be necessary for the Firm to engage third party companies, service providers or individuals to perform certain services on the Firm’s behalf. In such event, you hereby agree and consent that the Firm may disclose and transfer your Personal Data to the third parties, within or outside Malaysia, including without limitation, as follows: 
 
(1) banks and financial institutions; 
 
(2) insurance providers; 
 
(3) storage facility providers;  
 
(4) postal, despatch and courier services; 
 
(5) external advisors and other professional advisors, such as company secretaries, lawyers or auditors; and  
 
(6) such other party as the Firm deems necessary for the purposes mentioned in paragraph 2 above. 
 
3.2 The Firm may also disclose and transfer your Personal Data to any statutory bodies, regulatory bodies and/or governmental authorities where legally required to do so. 
  
 
4. WEBSITE 
 
4.1 The Firm’s Website may contain links to other sites and pages. The Firm shall not be responsible for any Personal Data or information that you may provide to other entity via these links. 
 
 
5. REQUEST FOR ACCESS AND INQUIRIES 
 
5.1 You may at any time request for access to, or correction of your Personal Data (subject to payment of fees, if applicable) or limit the processing of your Personal Data by the Firm, by contacting:  
 
Ng Si Seng 
Managing Partner / Data Processor  
Tel: 03-5879 8558  
Email: ngsiseng@ssnglim.com
 
 
You may also contact the Firm via the above contact details if you have any inquiries or complaints in respect of your Personal Data provided to the Firm. 
 
5.2 Please note that the Firm has the right to refuse your request to access and/or make any correction to your Personal Data to the extent permitted under the applicable law. 
 
5.3 In the event of any change in your personal data, you are obliged to promptly contact and notify the Law Firm via the contact details set out in paragraph 5.1 above. 
 
 
6. GENERAL 
 
6.1 The Firm reserves the right to amend or modify this Notice from time to time. 
 
6.2 This Personal Data Protection Notice is issued in both English and Bahasa Malaysia. In the event of any inconsistencies or discrepancies between this English version and the Bahasa Malaysia version, this English version shall prevail. 
 
 
Dated: 11 October 2024 



  NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI  
 
 
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana SS Ng & Lim (“Firma”) mengumpul, menggunakan dan melindungi Data Peribadi anda yang telah diberikan kepada Firma. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada Firma, berkomunikasi dengan Firma, melantik Firma untuk memberi perkhidmatan diminta oleh anda (“Perkhidmatan”) dan/atau dengan mengakses laman web Firma ini ssnglim.com (“Laman Web”), anda dengan ini memberi persetujuan untuk pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma ini untuk tujuan-tujuan dan dengan cara yang dinyatakan di bawah: -  
 
 
1. DATA PERIBADI  
 
1.1 Untuk tujuan Notis ini, “Data peribadi” bermaksud apa-apa data yang boleh mengenal pasti yang anda berikan atau yang telah anda berikan kepada Firma ini termasuk nama anda, butiran hubungan, alamat, alamat e-mel, nombor KP atau nombor pasport (di mana berkenaan), atau maklumat akaun bank (di mana berkenaan) dan lain-lain lagi.
  
1.2 Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma ini secara langsung, (sama ada semasa Firma dilantik untuk memberi perkhidmatan atau semasa mana-mana komunikasi dengan Firma ini), Firma ini juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, daripada kemudahan carian atas talian, pangkalan / pendaftaran awam, maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga melalui sumber yang sah (termasuk jabatan kerajaan persekutuan, negeri atau tempatan / pihak berkuasa berkanun atau kawal selia), dan maklumat yang dikumpulkan daripada acara-acara yang dianjurkan oleh Firma.  
 
1.3 Berkenaan Data Peribadi pihak ketiga (seperti pasangan, ahli keluarga dan rakan sekerja anda) yang mungkin anda berikan kepada Firma ini, anda menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk membenarkan Firma untuk memproses Data Peribadi mereka seperti yang dinyatakan dalam Notis ini dan bahawa anda akan memanjangkan salinan Notis ini kepada pihak ketiga sedemikian.  
 
 
2. TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI  
 
2.1 Anda dengan ini bersetuju dan memberi persetujuan kepada Firma ini untuk mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan perniagaan Firma termasuk dengan cara dan untuk tujuan-tujuan yang diterangkan di bawah:  
 
(1) untuk tujuan Perkhidmatan tersebut;  

(2) untuk penyediaan sebarang dokumen atau instrumen yang mungkin diperlukan untuk Perkhidmatan dan apa-apa kerja sampingan lain yang berkaitan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menyediakan perjanjian, instrumen atau dokumen di mana anda merupakan salah seorang pihak kepada dokumen tersebut (cth., perjanjian pinjaman, perjanjian jual beli, perjanjian penyewaan), dan kertas kausa dan afidavit;  

(3) untuk memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan atau kerajaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang atau apa-apa keperluan kerajaan yang lain;  

(4) untuk tujuan pentadbiran dalaman Firma termasuk untuk pengebilan atau invois, untuk penyimpanan rekod dan untuk tujuan menjalankan pemeriksaan konflik kepentingan;  

(5) untuk Firma ini berkomunikasi dengan anda termasuk seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 2.3; dan  

(6) untuk Firma ini mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan atau kerajaan.  
 
2.2 Pemberian Data Peribadi anda kepada Firma ini adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak bersetuju untuk memberikan Data Peribadi anda, Firma ini mungkin tidak boleh:  
 
(1) memberi perkhidmatan yang anda perlukan; atau  
 
(2) berkomunikasi secara efektif dengan anda.  
 
2.3 Firma ini juga mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti menghantar komunikasi kepada anda seperti kad ucapan perayaan, surat berita, artikel, penulisan dan kemas kini lain, mengedarkan maklumat atau jemputan ke acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat anda; jika ada, melalui e-mel atau mel.  
 
2.4 Sekiranya anda tidak bersetuju atau memberi persetujuan untuk Firma ini memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam perenggan 2 ini, sila maklumkan kepada Firma ini dengan menghubungi Firma ini melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 5.1 di bawah.  
 
 
3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI  
 
3.1 Data Peribadi yang anda berikan atau yang diperolehi oleh Firma ini akan disimpan secara sulit oleh Firma ini. Namun, Firma ini mungkin perlu melantik syarikat pihak ketiga lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan sesetengah perkhidmatan bagi pihak Firma ini. Dalam hal ini, anda bersetuju dan memberi persetujuan kepada Firma ini mendedah dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tanpa had, seperti berikut:  
 
(1) bank dan institusi kewangan;  
 
(2) pembekal insuran;  
 
(3) pembekal kemudahan simpanan;  
 
(4) pembekal perkhidmatan pos, penghantaran dan kurier;  
 
(5) penasihat luar dan penasihat profesional lain, seperti setiausaha syarikat, peguam atau juruaudit; dan  
 
(6) mana-mana pihak lain yang diperlukan oleh Firma ini bagi tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas.  
  
3.2 Firma ini juga mungkin mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana badan berkanun, badan kawal selia dan/atau pihak berkuasa kerajaan jika dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian.  
 
 
4. LAMAN WEB  
 
4.1 Laman Web Firma ini mungkin mengandungi pautan kepada laman dan halaman web lain. Firma ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Data Peribadi atau maklumat yang mungkin anda berikan kepada entiti lain melalui pautan tersebut.  
 
 
5. PERMINTAAN AKSES DAN PERTANYAAN  
 
5.1 Anda boleh pada bila-bila masa meminta akses kepada, atau meminta untuk pembetulan Data Peribadi anda, (tertakluk kepada bayaran yuran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma ini, dengan menghubungi:  
 
Ng Si Seng 
Kongsi Utama / Penyelia Pemprosesan Data  
Tel: 03-5879 8558  
Emel: ngsiseng@ssnglim.com
 
 
Anda juga boleh menghubungi Firma ini melalui butiran hubungan yang tertera di atas sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma ini.  
 
5.2 Sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan tertentu, Firma ini mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda atau hak untuk menolak untuk membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda. Firma ini mempunyai hak untuk mengenakan bayaran untuk akses kepada Data Peribadi anda mengikut undang-undang yang terpakai.  
 
5.3 Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam Data Peribadi anda, anda diwajibkan untuk menghubungi dan memaklumkan kepada Firma ini dengan segera melalui butiran hubungan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 5.1 di atas.  
 
 
6. UMUM  
 
6.1. Firma ini berhak untuk meminda atau mengubah suai Notis ini dari semasa ke semasa.  
 
6.2. Notis Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.  
 
 
Bertarikh: 11 Oktober 2024